Jumaat, 21 Jun 2013

Betulkan "Mindset" Kita

Setiap hari, persiapkan diri, mental dan fizikal anda untuk kembali melakukan yang terbaik esok pagi. Jangan sesekali kata, ala..esok dah nak keje la pulak. Kena bangun awal, punch card la pulak, trafic jam la pulak. Huh.. bencinya, menyampahnya, malasnya!

anda akan lihat kesannya esok pagi, susah nak bangun, liat, malas semacam. Terasa lembik dan lemah satu badan, longlai dan tak bertenaga langsung.

Untuk esok mind settingnya perlu betul pada hari ini. andaikata esok nak gi kelas, wah sukanya.. jumpa dengan kengkawan, jumpa lecturer yang hensem dan jumpa "mata air"!

Esok nak kerja balik, ala.. tak sabar-sabar rasanya nak gi kerja. Set minda anda untuk nak berikan yang terbaik pada bos anda dan set minda anda nak kalahkan prestasi kengkawan anda kat ofis tu dalam minggu ni.

anda dah tak sabar nak buktikan anda juga hebat bila time kerja! Cubalah menyukai kalau anda tak suka. Latih diri untuk menyukai kerjaya anda.

Kalau seharian malas, menyampah, stress, nak harap terima gaji hujung bulan saja, anda takkan ke mana jawapnya, prestasi itu je, gaji pun tak naik-naik la jadinya. Ini baru sehari. Kalau 365 hari yang akan datang, macam mana?

Minda anda "mengangkap" kata-kata hati anda begini :
"Aku malas, aku menyampah dan aku nak gaji hujung bulan saja".
Minda anggap anda minta, itu juga yang akan direalisasikan oleh minda. Dia tak tahu itu baik ke buruk. Semua ini berlaku tanpa anda sedari. Jadi, berhati-hati bila bercakap sendiri.

Kawal kata-kata hati anda. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang anda takut tu la yang menjadi. Makin tak jadi.


Jika anda masih juga sakit hati berhari-hari dengan seseorang, untuk kurangkannya saya akan beri satu tip. Cari tempat yang sunyi dan tanpa gangguan sesiapa. Ambil 10 minit untuk tenangkan diri.

Duduk bersila, tutup mata dan cuba bertenang, setenang yang mungkin. Ini juga boleh dilakukan di kala tak ade sesiapa yang ada kat dalam ofis. Duduk kat kerusi tu aje. Katakan pada diri, anda jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Dalam hati, bayangkan wajah orang yang anda marah sesangat tu. Bayangkan sedetail yang mungkin bagaikan dia berada di depan anda.

Kemudian, dengan sepenuh hati, katakan padanya yang anda maafkan dia. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam diri anda.

Selepas tu, lupakan kesalahan dia. Bayangkan dia gembira dengan kemaafan itu dia ucapkan terima kasih dan anda lihat dia melangkah jauh lalu berlalu pergi. Rasa lebih relaks tak? Buka mata. Kena lakukan ini dengan sepenuh hati untuk mendapat kesannya.

Saya tahu, mula-mula ini payah untuk dilakukan. Kena latih diri selalu. Wahh.. banyak cantik..Orang buat hal ngan kita senang-senang aje kita nak lupakan ya.. Tapi,percayalah..kalau dilayan geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti.

Proses ini berulang-ulang. Selagi anda tak ubah mind setting dan selagi anda masih tak lepaskan rasa sakit hati, selagi tu ini akan berlaku. Nak ke camtu?

Tak kira anda sekarang seorang pekerja, usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen, betulkan setting minda anda. Jika perubahan ke arah kehebatan diri yang anda mahu, ubah pemikiran anda hari ini juga.

Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanya anda seorang yang dapat mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan