Isnin, 27 Disember 2010

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DALAM TAHUN 2010

TAHUN 2010 AKAN MELABUHKAN TIRAINYA. PIHAK BIRO AKAN MEMASTIKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEROHANIAN AKAN TERUS HIDUP UNTUK SEMUA WARGA DI MENARA MATRADE PADA TAHUN 2011, INSYA ALLAH. KAMI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-TUAN/PUAN-PUAN YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN. DISINI DISERTAKAN GAMBAR ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPERTI :

- KULIAH ZUHUR BERSAMA USTAZ AMAR
- PROGRAM FRIDAY EXCHANGE (MUKMIN PROFESIONAL) BERSAMA USTAZ PAHROL
- GAMBAR KENANGAN BERSAMA PERTUBUHAN BAITUL UMMAH SEMASA RAKAMAN KORPORAT VIDEO MATRADE

Isnin, 6 Disember 2010

Gotong Royong Baitul Ummah 2010


Pada 27 November 2010, aktiviti tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, pelbagai aktiviti yang telah dilakukan termasuklah mengecat dan lain-lain lagi. Program sebegini adalah bertujuan untuk menyediakan suatu tempat baik dan selesa bagi anak-anak yatim Baitul ummah tersebut. Pelbagai aktiviti yang lain bakal diadakan pada masa ahadapan.Ini adalah juga sebagai langkah untuk mendidik anak-anak tersebut.

Selasa, 26 Oktober 2010

CERAMAH MOTIVASI & KURSUS PRA-PERKAHWINAN (13 – 14 Nov 2010)





1 RASA, 2 HATI

Y Bhg Dato'/Tuan/Puan

Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE akan menganjurkan satu program 'Satu Rasa, Dua Hati' seperti berikut:-

Tarikh : 13 – 14 Nov 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Bilik Jakarta, Tingkat 5, Menara MATRADE

1. Ceramah Motivasi'Satu Rasa, Dua Hati' oleh Y Bhg Ustaz Pahrol Mohd Juoi http://genta-rasa.com/
(Teknik mencipta bahagia di sepanjang perkahwinan)

2. Kursus Pra-Perkahwinan
- anjuran bersama Pusat Kursus Perkahwinan Rihan (http://kursuskahwinrihan.blogspot.com/ )



Yuran yang dikenakan adalah mengikut pilihan penyertaan seperti berikut:-

1. Ceramah Motivasi '1 Rasa, 2 Hati' sahaja = RM8 seorang
2. Kursus Pra-Perkahwinan sahaja = RM80 seorang
3. Pakej (Ceramah & Kursus) = RM85 seorang


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:-

Mazidah (03-62077051) Khairul Nazri (03-62077629)
Rahayu (03-62077674) Aizal (03-62077917)
Hartini (03-62077915) Rizman (03-62077752)
Sanissah (03-62077122) Abdul Kadir (03-62077618)
A'shah (03-62077366) Fauzi (03-62077978)

KULIAH ZOHOR : FIQH PENGURUSAN (27 Oktober 2010)

Assalamualaikum Y. Bhg Dato'/Tuan/Puan,

Warga Menara MATRADE  yang dirahmati,
Biro Agama & Kerohanian, Kelab MATRADE dengan ini sekali lagi menjemput tuan/puan sekalian untuk menghadiri Kuliah Zohor yang akan diteruskan lagi seperti berikut:-

Tempat        : Surau Utama Tingkat 4 (West wing), Menara MATRADE
Masa          : 12:50 - 1.50 ptg
Tarikh        : 27 Oktober 2010 (Rabu), 19 Zulkaedah 1431H
Tajuk Kuliah  :  Fiqh Pengurusan
Penceramah : Y Bhg Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman (Eksekutif Dakwah PPZWP)

Selasa, 5 Oktober 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MATRADE BERSAMA ORGANISASI DI MENARA MATRADE

Pada 27/8/2010, Kelab MATRADE dengan kerjasama Angkagraf SB, Koperasi MATRADE, MIHAS Tijari, TMR Urusharta, MPC & Zafco Travel telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama di Dewan MATRADE. Seramai 535 orang telah hadir untuk majlis ini. Biro Agama Kerohanian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Semoga tuan/puan mendapat rahmat dari-Nya.


Ahad, 19 September 2010

LAWATAN AMAL OLEH BIRO AGAMA & KEROHANIAN KE PERTUBUHAN BAITUL UMMAH PADA 21/8/2010

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN SAMA ADA DALAM BENTUK WANG RINGIT, HARTA BENDA ATAU TENAGA KERJA. SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARI-NYA.


Rabu, 1 September 2010

BUBUR LAMBUK BUAT KAKITANGAN ORGANISASI DI MENARA MATRADE

Alhamdulilah, dengan limpah & rahmat-Nya, pada 13/8/2010, Biro telah menganjurkan gotong-royong bubur lambuk sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Turut menyumbang untuk aktiviti ini adalah MECC. Proses memasak telah bermula pada jam 10.00 pagi di Drive Way West Wing, Menara MATRADE. Edaran dibuat pada jam 3 petang.

MEMERIKSA ARAH KIBLAT SURAU-SURAU DI MENARA MATRADE

Pada 12/8/2010 (Khamis), Biro telah menjemput Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memeriksa arah kiblat di Surau Utama, tingkat 4 West Wing. Aktiviti ini seterusnya dilakukan ke atas semua surau di Menara MATRADE.

Rabu, 28 Julai 2010

LAWATAN KAKITANGAN MATRADE KE RADIO IKIM.FM

BIRO TELAH MENGANJURKAN SATU LAWATAN KE INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA DAN RADIO IKIM.FM PADA 7/7/2010. SERAMAI 36 PESERTA TELAH MENGIKUTI LAWATAN INI. PARA PESERTA TELAH DIBERI PENERANGAN OLEH DJ YG BERTUGAS IAITU EN. MAHATHIR DI KONTI RADIO IKIM.FM.

Khamis, 8 Julai 2010

Cinta Bersemi di Madinah Al-Munawwarah


“Belum pernah kami mendengar mahar kahwin yang lebih mahal dan bernilai dari mahar kahwin Ummu Sulaim, (iaitu Abu Talhah memeluk Islam)”

Itu lah kata-kata penduduk Madinah apabila ditanya pasal Abu Talhah (r.a).

Abu Talhah memeluk Islam sebelum berlakunya peristiwa hijrah lagi. Bahkan Abu Talhah dan isterinya Ummu Sulaim termasuk dalam kumpulan 70 orang yang berbaiat dengan Rasulullah di ‘Aqabah. Itulah Abu Talhah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bukan sahaja terkenal dengan kisah cintanya pada isterinya Ummu Sulaim, bahkan cintanya terhadap Rasulullah lebih agung daripada cintanya pada isterinya Ummu Sulaim.

Dari Anas (r.a), katanya : ” Abu Talhah adalah seorang dari golongan kaum Ansar di Madinah yang paling banyak hartanya, terdiri daripada kebun kurma. Di antara harta-hartanya itu yang paling disayangi olehnya ialah kebun kurmanya, Bairuha’. Kebun ini letaknya menghadap ke arah masjid Nabawi di Madinah. Rasulullah s.a.w. suka memasukinya dan minum dari sumber airnya yang nyaman dan bersih.” Anas berkata: ” Ketika ayat ini turun

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون

yang bererti : “Kamu semua tidak akan memperoleh kebajikan sehingga kamu semua suka menafkahkan dari sesuatu apa yang kamu semua cintai”- surah ali-imran : 92.

maka Abu Talhah berdiri menuju ke tempat Rasulullah s.a.w lalu berkata : ” Ya Rasulullah ! sesungguhnya Allah ta’ala berfirman : “Kamu semua tidak akan memperoleh kebajikan sehingga kamu semua suka menafkahkan dari sesuatu apa yang kamu semua cintai”. Sedang hartaku yang paling aku cintai adalah kebun kurma Bairuha’, maka sesungguhnya kebun itu aku sedekahkan untuk kepentingan agama Allah Ta’ala. Aku mengharapkan kebajikannya serta simpanan di akhirat disisi Allah. Maka dari itu gunalah kebun tu ya Rasulullah, sebagaimana yang Allah beritahu kepada tuan.”

kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : ” Aduh, yang demikian itu adalah merupakan harta yang banyak keuntungannya, berlipat ganda pahalanya bagi yang bersedekah, betul-betul harta yang banyak keuntungan. Aku telah mendengar apa yang engkau ucapkan dan sesungguhnya aku berpendapat supaya kebun itu engkau berikan kepada kaum keluargamu (sebagai sedekah)”

Abu Talhah berkata: ” Aku akan melaksanakannya ya Rasulullah”. Selanjutnya Abu Talhah membahagi-bahagikan kebun Bairuha’ itu kepada keluarganya serta sepupu-sepupunya. – muttafaqun ‘alaihi

Hadis yang panjang di atas rasanya sudah mencukupi untuk menceritakan peribadi mulia sahabat Rasulullah yang bernama Zaid Bin Sahl al-Najjary al-Anshory atau lebih terkenal sebagai Abu Talhah (r.a). Betapa tingginya keimanan dan ketaqwaan beliau apabila sebaik sahaja mendengar akan ayat Allah itu, terus dia berkejaran menemui Rasulullah untuk menginfaqkan hartanya pada jalan Allah, tanpa berfikir untuk kali kedua atau tanpa perlu berbincang dengan keluarganya.

Begitu hebat keyakinan para sahabat terhadap janji-janji Allah yang tidak ada keraguan padanya. Bagaimana dengan keadaan diri kita pada hari ini? adakah harta yang kita dapat hasil pemberian Allah telah kita belanjakan dengan betul dan baik?

Persoalannya, sedarkah kita bahawa harta yang kita peroleh hasil kerja kita adalah milik Allah secara MUTLAK? – sama-sama kita renungi !

Bulan ramadhan sudah hampir tiba hanya tinggal lebih kurang 1 bulan lebih saja lagi. Bulan dimana setiap Muslim digalakkan untuk menggandakan amalan kebajikan termasuklah bersedekah. Ringan-ringankan tangan menghulur bantuan kepada yang memerlukan kerana tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Oleh itu memang tak salah kata-kata Ustaz Hasrizal, hidup untuk memberi !

Lokasi Bairuha’

Dimanakah lokasi sebenar kebun kurma Bairuha’ milik Abu Talhah pada zaman sekarang?

Lima buah kubah biru melambangkan keagungan cinta Abu Talhah kepada Rasulullah

Ulama’ telah bersepakat bahawa lokasi Bairuha’ adalah kawasan dimana dibinanya 5 buah kubah biru di bahagian utara/belakang Masjid Nabawi sekarang. Jika anda ke Masjid Nabawi, apabila memasukinya dari bahagian belakang melalui pintu yang terletak dibawah 5 buah kubah ini, maka ingatlah yang anda sedang berdiri didalam kebun kurma Bairuha’ milik Abu Talhah. Kebun ini jugalah tempat yang selalu disinggah oleh Rasulullah untuk memakan kurma dan minum air dari sumber air yang terdapat didalam Bairuha’, sumber air yang paling bersih di Madinah suatu ketika dahulu. Namun semua itu hanya tinggal kenangan, apa yang penting ambillah semangat Abu Talhah yang bersegera menyahut seruan Allah dan Rasulnya sekaligus membuktikan betapa agungnya cintanya pada Islam.

Anda bertuah jika anda membaca coretan ini sebelum anda menjejak kaki ke bumi Madinah, sekurang-kurangnya selain sejarah rasulullah, anda juga mampu mengenang keagungan cinta para sahabat terhadap rasulullah. Dengan penghayatan kita terhadap sirah perjuangan para sahabat akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada iman dan taqwa apabila melalui kawasan-kawasan yang ada nostalgianya disisi Islam.

Sedikit Pengajaran dari Hadis

1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Muslim yang Mu’min akan bersegera menyahut seruan Allah dan Rasulnya.

2. Bersedekah memang amalan yang amat digalakkan tapi seharusnya sedekah itu diberikan dahulu kepada kaum keluarga yang terdekat, kemudian barulah kepada orang miskin, ibnu sabil dan lain-lain.

3. Amal kebajikan kita didunia ini adalah untuk simpanan kita di akhirat.

4. Bersedekah atau memberi sesuatu pada orang lain haruslah memberi apa yang kita sayang bukan apa yang kita tidak mahu milikinya. Lihat la sikap Abu Talhah dengan menyedekahkan kebun kurma yang paling disayanginya dan yang paling berharga. Bagaimana dengan kita? takkan duit RM 50 pun dah rasa banyak? Abu Talhah bukan setakat RM50, kalau nak dikira nilai kebun kurmanya itu mungkin melebihi ratusan ribu ringgit jika dibandingkan dengan nilai sekarang. Itupun tanpa berfikir dan berbincang terlebih dahulu. Sedekah secara spontan!

Semoga bermanfaat bagi mereka yang masih belum mengetahuinya ! dan sebagai tazkirah buat mereka yang sudah mengetahuinya!

** hadis di atas diambil dari Riyadus Sholihin karya Imam Nawawi (rahimahullah) dalam باب الانفاق مما يحب ومن الجيد .


sumber: http://savingmemoir.wordpress.com/2010/07/07/cinta-bersemi-di-madinah-al-munawwarah/

Jumaat, 2 Julai 2010

Cara Berdakwah dengan Non-Muslim

Pertanyaan:

Pak Ustadz, saya ingin bertanya. Bagaimana cara berdakwah yang baik dengan non muslim. Dan saya sempat mempelajari ilmu kristologi untuk beritahu mereka, bahwa kitab suci mereka mengandung banyak kesalahan. Apa itu boleh menurut Islam? Terima kasih Pak ustadz.

Soenirman, Jakarta

Jawaban:

Allah SWT berfirman, ada tiga cara dalam berdakwah kepada siapa saja, yaitu: dengan hikmah, dengan mawidzah hasanah, atau dengan dialog (ditopang alasan yang lebih baik dan lebih kuat).

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. An Nahl: 125)

Jika tidak bisa (seperti di atas), (nanti) jadi akan mengesankan negatif terhadap Islam itu sendiri. Jika demikian, ajak mereka menggunakan akalnya secara sehat. Misalnya, bahwa bila sebuah kitab suci banyak yang tidak asli, secara akal kita tidak bisa merasa aman untuk berpegang teguh kepadanya, dan seterusnya..


sumber: dakwatuna.com

Ahad, 23 Mei 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 2010

Tahniah kepada Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE di atas penganjuran Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010 (Sabtu) jam 9.00pg- 5.00 ptg.