Isnin, 1 Ogos 2011

Ucapan Sempena Ramadan




SALAM RAMADHAN

Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan,

Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE ingin mengucapkan SELAMAT BERRPUASA, semoga Ramadhan kali ini kita dapat melaksanakan kewajiban kita sebagai muslimin dan muslimat, dengan tenang & khusyu'…Hingga akhirnya, Kita dapat meraih Keampunan & Kasih-Sayang ALLAH SWT InsyaAllah.

Dari Kami Biro Agama & Kerohanaian, Kelab MATRADE

Rabu, 20 Julai 2011

Aktiviti BK 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg Dato'/ Tuan/ Puan/Cik,
Muslimin/Muslimat

Ramadhan akan datang menjelma. Untuk makluman, pada tahun ini Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

Ujroh Ramadan 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Untuk makluman, sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE sekali lagi ingin menjemput Y Bhg Dato'/Tuan/Puan/Cik Muslimin/Muslimat untuk menyertai Program Ujroh (Upah) Bacaan Al-Qur'an untuk dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada arwah-arwah muslimin/muslimat yang telah kembali ke rahmatullah seperti tahun lepas.

Program Ujroh (upah) Bacaan Al-quran ini akan dibacakan oleh hafiz-hafiz dan qari-qari yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan alumni Institut Tahfiz Al-quran (ITQANS) Gemencheh dan Maahad Qiraat Al-azhar,Mesir.Mereka akan diamanahkan untuk membaca al-quran sehingga khatam dalam bulan Ramadhan ini.

Saguhati bagi Ujroh (upah bacaan) ini adalah seperti berikut:
  1. Seorang arwah untuk sekali khatam sebanyak RM 10.00
  2. 2 kali khatam RM 20.00
  3. 3 kali khatam RM 30.00 dan seterusnya

Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada wakil-wakil biro di bawah selewat-lewatnya pada 22 Julai 2011 (Jumaat) bagi melicinkan proses pengurusan:
  1. En. Khairul Nazri (7629)
  2. En. Aizal Elias (7917)
  3. Cik Hartini Sairin (7915)
  4. Pn. Roshanani (7891)
  5. En. Rizman Jamil (7752)
  6. Pn. A'shah Sulaiman (7365)
  7. Pn. Rahayu Mohd Ali (7284)

Bayaran juga boleh dibuat secara tunai kepada wakil di atas atau bank-in terus ke dalam akaun Maybank berikut:
1141-5035-3259 (Roshanani Mohd Rejab) - (Bendahari Biro Agama)
(Sila maklumkan sekiranya bayaran dibuat melalui Maybank2U atau pindahan terus)

Daftarlah sekarang!


Jumaat, 8 April 2011

Solat



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN



Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati..ruginya kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi
atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk memohon keampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Rabu, 26 Januari 2011

Jemputan Kuliah Zohor (26Jan2011/21 Safar 1432)

Assalamualaikum,

Y Bhg Dato/Tuan/Puan/Cik
Jemputan Kuliah Zohor
Kitab: Inilah Jalanku
Tarikh : 26 Jan 2011, 21 Safar 1432H (Rabu)
Masa : 12:50-1:50 ptg
Tempat : Surau Utama, Tingkat 4, West Wing

oleh:



Y Bhg Ustaz Dr Yusri Mohamed
(Pensyarah UIAM)

"Datanglah beramai-ramai, InsyaAllah tuan/puan akan mendapat BARAKAH daripada majlis ilmu ini."

Rabu, 19 Januari 2011

Jemputan Kuliah Zohor


Al-Muhaddith Professor Syeikh Muhammad Ibn A'lawi Al-Maliki
(Pengarang kitab)

Assalamualaikum,

Y Bhg Dato/Tuan/Puan/Cik
Jemputan Kuliah Zohor
Kitab: Inilah Jalanku
Tarikh : 19 Jan 2011, 14 Safar 1432H (Rabu)
Masa : 12:50-1:50 ptg
Tempat : Surau Utama, Tingkat 4, West Wing

oleh:



Y Bhg Ustaz Dr Yusri Mohamed
(Pensyarah UIAM)

"Datanglah beramai-ramai, InsyaAllah tuan/puan akan mendapat BARAKAH daripada majlis ilmu ini."

Selasa, 11 Januari 2011

JEMPUTAN KULIAH ZUHUR




Asslamualaikum & Salam Sejahtera
Y Bhg Dato/Tuan/Puan/Cik
Jemputan Kuliah Zohor
Tajuk kitab yang akan digunakan untuk sepanjang kuliah zohor:

Tarikh : 12 Jan 2011, 7 Safar 1432H (Rabu)
Masa : 12:50-1:50 ptg
Tempat : Surau Utama, Tingkat 4, West Wing

oleh: Y Bhg Ustaz Hj Ahmad Husni Abd Rahman
(Eksekutif Dakwah PPZWP)


"Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Oleh itu,jemputlah beramai-ramai, InsyaAllah tuan/puan akan mendapat BARAKAH daripada majlis ilmu ini."

NOTA: Kuliah Zohor Ust. Husni ini akan diadakan pada minggu pertama dan kedua setiap bulan/ tertakluk kepada perubahan.

Rabu, 5 Januari 2011

Jemputan Kuliah Zohor

Assalamualaikum
Y Bhg Dato/Tuan/Puan/Cik
Jemputan Kuliah Zohor
Tajuk:
Bahaya Fitnah & Buruk Sangka
Tarikh : 5 Jan 2011, 30 Muharram 1432H (Rabu)
Masa : 12:50-1:50 ptg
Tempat : Surau Utama, Tingkat 4, West Wing

oleh:


Y Bhg Ustaz Hj Ahmad Husni Abd Rahman
(Eksekutif Dakwah PPZWP)

"Datanglah beramai-ramai, InsyaAllah tuan/puan akan mendapat BARAKAH daripada majlis ilmu ini."