Jumaat, 6 Jun 2014

Ini Bukan Urusan Aku

Senario A
Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku.

Senario B
Biar lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk ‘on-time’, aku siap semua assignment dan lulus semua peperiksaan yang melibatkan ijazah yang aku cita-citakan selama ini.

Senario C
Apa kau susah, mereka bukan anak kau. Biarkan sajalah kalau budak-budak ni nak ber‘couple’ atau berkawan sesama mereka. Lagi pun mereka dah besar. Kalau pun bunting nanti, pandai-pandailah mereka pergi ke mana-mana klinik untuk gugurkan kandungan atau cari tempat bersalin nanti.

Senario D
Isu Palestin biar orang Palestin selesaikan dengan Israel, isu Syria biar mereka orang Syria urus dengan pemerintah mereka sendiri, isu Pattani biar mereka bincang dengan kerajaan Thailand, kerajaan mereka sendiri. Kita tak perlu sibuk urusan orang lain sebab kita kena jaga anak bini kita dulu.

Sikap Peduli
Sikap peduli adalah sikap ambil tahu dan peka terhadap sesuatu yang berlaku serta memberi tindak-balas terhadap pelbagai hal yang berlaku di sekeliling kita. Rasa peduli, ambil berat atau ‘caring’ adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Mengambil peduli atau mengetahui masalah secara positif akan menggalakkan seseorang dan masyarakat menjadi prihatin terhadap keperluan ahli komuniti mereka dengan berusaha bantu membantu menyelesaikan atau mengurangkan bebanan mereka.

Rasa peduli ini tentunya dalam batas pengamatan yang mendalam dan keinsafan yang tinggi bahawa setiap kita memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian apabila berada di dalam situasi tertentu. Sekiranya sebahagian daripada kita mengalami kesusahan, keperitan dan bencana, tentunya kita memerlukan bantuan atau pertolongan daripada orang lain.

Sekiranya rasa ambil peduli ini subur pada setiap masyarakat kita, ia akan memupuk rasa persaudaraan sesama Islam dan bersifat kemanusiaan sesama mausia tanpa mengira asal keturunan, agama dan bangsa.
Malangnya apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah kerana masing-masing bersikap tidak ambil peduli dengan masalah dan isu-isu yang berlaku di persekitarannya. Contohnya ialah permasalahan kehamilan di kalangan remaja, peningkatan kes jenayah, kes murtad, kes dadah dan rogol yang semakin banyak, amalan rasuah yang subur membiak, kecelaruan identiti di kalangan anak bangsa dan seribu satu macam masalah yang lain.

Jika sikap tak kisah dan tidak ambil peduli terus diamalkan oleh masyarakat kita, bayangkanlah apa yang bakal berlaku terhadap institusi kekeluargaan, budaya kemasyarakatan, kehidupan bernegara dan masa depan umat secara keseluruhannya.
Sikap ambil peduli adalah sikap yang sangat penting untuk disuburkan dan diamalkan di setiap lapisan masyarakat. Seseorang yang sudah dibiasakan dengan sikap ambil peduli atau ‘caring’ akan mencetuskan pembinaan masyarakat yang berkasih-sayang dan tolong menolong ke arah kebaikan bersama. Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”. (Surah Al-Maidah Ayat 2)

Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin di kalangan kita. Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, semangat kejiranan dan hidup bermasyarakat, kehidupan bernegara sehinggalah kepada kepedulian umat sejagat.

Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dipetik daripada www.iluvislam.com

Kelas Mingguan Tahsin Al Quran


Selasa, 3 Jun 2014

Sendawa Berlebihan

SENDAWA merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.
Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.
Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling.
Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.
Menurut Pakar Gastroenterologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Mahendra Raj, secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.
Tambah beliau, selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.
Begitupun ulas beliau lagi, ada sesetengah individu sendawa lebih banyak daripada biasa dan walaupun perkara ini berlaku, kebanyakan mereka ini tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius.
Bagaimanapun kadang kala gejala ini boleh menunjukkan ia satu penyakit yang lebih serius tetapi ia hanya berlaku dalam kalangan kumpulan minoriti.
“Dalam hal ini, sekiranya individu mengalami sendawa yang berbeza daripada biasa dan diikuti dengan gejala seperti sakit perut, muntah, tiada selera makan, dan berat badan semakin menurun, ia mungkin tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit dalaman yang lebih serius.
“Sekiranya kita melihat daripada segi penyakit, salah satu keadaan yang menyebabkan sendawa dikeluarkan lebih daripada biasa dikenali sebagai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) atau pedih ulu hati.


“Penyakit inilah yang kerap menyebabkan sendawa lebih kerap daripada biasa. Sebenarnya ramai orang yang menghidap penyakit ini, tetapi kebanyakan mereka ini tidak sampai ke tahap yang teruk dan boleh dikawal dengan pengambilan ubat dan mengubah gaya hidup masing-masing," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.



Bercerita lebih lanjut mengenai sendawa ini, Dr. Mahendra memberitahu ada beberapa perkara yang menyebabkan ia menjadi kerap seperti makan terlalu cepat di mana semasa proses tersebut berlaku (makan) biasanya angin akan masuk ke dalam perut.
Hal ini juga akan terjadi kepada mereka yang suka mengambil minuman yang bergas, penghisap rokok (akan menyedut angin masuk ke dalam badan), individu yang gugup, dan mereka yang gemar mengunyah gula-gula getah.
Golongan individu ini didapati dengan tidak sengaja akan menelan angin lebih banyak daripada biasa akibat gaya hidup yang diamalkan seharian.
Berbicara pula mengenai penyakit GERD, Dr. Mahendra menjelaskan, ia berlaku apabila salah satu injap yang menghubungkan esofagus (saluran makan) ke perut menjadi longgar daripada normal.
Apabila hal ini berlaku, asid dan jus daripada perut akan mudah naik semula ke esofagus bersama-sama makanan yang dihadam.
Keadaan ini sering kali menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.
Dr. Mahendra turut memberitahu bahawa penyakit ini sebenarnya merupakan penyakit biasa yang dialami oleh ramai orang.
Walaupun pada umumnya ia tidak berbahaya, sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti serta aktiviti kehidupan seharian.
“Penyakit GERD dalam majoriti bukanlah penyakit serius yang boleh mendatangkan maut dan gejala utama penyakit ini termasuklah pedih ulu hati, kembung perut serta sendawa berlebihan dan ia memang penyakit kronik yang jarang sekali boleh menyebabkan komplikasi serius.
“Tetapi sekiranya mereka menghidap penyakit ini, ia tidak boleh dipulihkan 100 peratus dan pesakit akan seumur hidup bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan sekurang-kurangnya dari masa ke semasa kalau tidak setiap masa.
“Apa yang boleh pesakit lakukan hanyalah mengurangkan gejala sendawa tersebut dengan mengubah gaya hidup di samping mengawal pemakanan," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Mahendra menjelaskan, pesakit hanya akan dirawat dengan menggunakan ubat untuk mengurangkan asid dalam perut, serta disarankan mengubah gaya hidup seperti makan dalam kuantiti yang sederhana pada masa yang tertentu dan jangan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
Apabila ditanya mengenai rawatan cara tradisional iaitu berurut serta minum minuman halia yang dilihat mampu mengurangkan angin dalam badan, Dr. Mahendra berpendapat jika dilihat daripada kajian saintifik, kedua-duanya tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi pengambilan air halia tidak memberi kesan sampingan yang buruk.
Mengenai urutan pula katanya, angin sebenarnya hanya terdapat di dalam perut dan bukan di dalam seluruh badan.
“Seeloknya jika mengalami simptom ini (sendawa lebih daripada biasa), berunding dengan pakar kesihatan dan jika perlu rujuk pada pakar yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus. Jangan biarkan berlarutan hingga mengakibatkan ia menjadi lebih serius," katanya.

Dipetik daripada Utusan Malaysia

Ubat Turun Berat Badan

Menjadi idaman setiap insan dewasa ini, ingin memiliki susuk tubuh yang langsing dan ideal samaada lelaki mahupun wanita. Ini kerana masyarakat hari ini sudah mula terdedah dengan pelbagai sumber maklumat kesan dari kemajuan teknologi masa kini.Masyarakat mula sedar akan betapa banyaknya faedah dan kelebihan seseorang yang memiliki tubuh yang langsing dan ideal.

Di antara kelebihan, memiliki tubuh yang kekal langsing dan ideal ialah seseorang dapat :
  1. Melaksanakan sesuatu tugas harian atau ibadah dengan lebih baik.
  2. Memiliki emosi yang positif.
  3. Akal yang sihat.
  4. Penampilan yang menarik.
  5. Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis(diabetis), serta sakit jantung.
Hal yang paling utama kita semua perlu ketahui ialah ketiga-tiga penyakit kronik tersebut semakin lama semakin meningkat jumlah penghidapnya khususnya di Malaysia kesan dari berat badan yang melampau serta gaya pemakanan yang tidak sihat.
 
Semakin Pantas

Pepatah melayu ada menyebut, ‘masa itu emas’ dan ada juga berbunyi ‘masa itu wang’ mengambarkan betapa manusia sangat perlu menghargai masanya. Setiap perkara khususnya dizaman moden dan mencabar ini harus sentiasa pantas dan lekas. Sesiapa yang lambat dia akan ketinggalan jauh kebelakang.

Majoriti manusia zaman kini bekerja bagi memenuhi keperluan asas utama seperti rumah, pakaian dan makan. Kesemua keperluan ini memerlukan seseorang berusaha keras untuk memiliki wang. Dalam usaha memiliki wang di zaman yang semakin moden dan kompleks kini, masyarakat terpaksa terkejar-kejar dengan urusan kerja yang semakin bertambah, melakukan ‘overtime’ kerja, mengalami ‘workaholic’ sehingga tidak sempat meluangkan masa secukupnya untuk bersenam dan beriadah.
 
Ubat Kurus
 
Oleh yang demikian antara cara yang diambil oleh masyarakat hari ini ialah membeli dan memakan ubat atau produk untuk menguruskan badan tanpa perlu bersenam. Apa buktinya? Buktinya kita boleh saksikan ledakan iklan-iklan ubat-ubat dan makanan kesihatan yang semakin mendapat banyak tempat di dada-dada akhbar mahupun televisyen. Persoalan yang perlu difikirkan bersama, adakah cukup hanya memakan produk-produk ini semata tanpa kita melakukan senaman? Menurut sumber dari Akademi Nutrisi dan Dietetik (2011) yang pertubuhan organisasi terbesar dalam bidang nutrisi dan pemakanan berpengkalan di Amerika Syarikat menyebut, “Produk-produk diet tertentu boleh jadi ia memberi kesan yang dikhendaki. Pun begitu, kita perlu tahu bahawa tidak ada ubat mahupun makanan yang dapat membakar lemak. Tidak ada makanan yang dapat mengubah kod genetik anda. Tidak ada makanan yang boleh mencairkan lemak anda dikala anda hanya menonton televisyen dan tidur. Paling merisaukan, ada makanan tambahan dan produk herba yang boleh membahayakan kesihatan anda malah boleh membawa maut.”

Ubat Kurus Yang Paling Ideal

Ubat yang paling terbaik adalah menanam kemahuan yang tinggi untuk makan makanan yang sihat dan berkualiti serta melakukan senaman secara konsisten. Mulakan dengan mencari sebab kenapa kita perlu memiliki tubuh yang ideal. Gambarkan dalam minda kita secara jelas faedah yang kita perolehi jika mendapat badan yang ideal seperti lebih rasa berkeyakinan,bertenaga, ceria dan tidak risau mendapat sakit yang kronik. Dengan kemahuan yang kuat dan gambaran yang jelas terhadap objektif mencapai berat badan yang ideal, barulah kita lakukan beberapa tindakan yang boleh membantu kita capai objektif itu. Antara tindakan yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:
 
1) Mengawal faktor pencetus
Cipta suasana yang mampu merangsang dan menyokong tabiat mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti membeli keperluan dapur yang mengandungi kandungan kalori yang rendah, elak melalui jalan yang berhampiran dengan restoran makanan segera, dan tidak terus menonton televisyen sejurus pulang dari kerja.
 
2) Respon secara membina
Sekiranya kita gagal mengawal kehendak melakukan tabiat lama pemakanan yang kurang sihat, kita boleh bertindak secara konstruktif (membina) terhadap faktor pencetus seperti makan di restoran yang menyajikan pilihan makanan yang sihat, melakukan senaman ringkas bilamana kemahuan untuk kembali kepada tabiat lama tercetus, berlatih untuk menolak secara baik ajakan rakan-rakan untuk makan di restoran yang tidak menyajikan makanan yang sihat, belajar urus stress secara teratur, mempelbagaikan bentuk senaman, dan pelajari resipi makanan baru yang menyihatkan bilamana rasa bosan dengan satu-satu resepi.
 
3) Perkuatkan kesungguhan secara berperingkat.
Mencapai berat badan yang ideal memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Kita akan cepat rasa putus asa jika kita meletakkan sasaran yang terlalu sukar kita capai dalam masa yang singkat. Mana mungkin kita boleh menurunkan berat badan dari 150kg kepada 70kg dalam masa hanya 1 bulan. Oleh kerana itu, pecahkan sasaran kita tadi kepada sasaran yang berperingkat. Sasarkan setiap 2 bulan kita mampu turunkan berat sebanyak 10 kg dan rekod setiap pencapaian yang kita berjaya capai. Dengan kita melakukakan secara berperingkat-peringkat, kita akan lebih bermotivasi untuk terus melakukan lagi dan lagi usaha menurunkna berat badan kita.

Tiru Tabiat Rasulullah S.A.W

Mungkin ada kalangan kita khususnya orang Islam berpandangan tidak perlulah bersenam sampai berpeluh-peluh dan terlalu meletihkan. Memadai dengan solat lima waktu sehari semalam kerana solat juga adalah senaman bagi tubuh. Benar sekali, solat memang salah satu bentuk senaman rohani dan fizikal. Dengan solat, rohani atau spiritual kita kuat menghadapi cabaran emosi hidup di zaman moden kini. Ini memang sangat benar.

Dengan solat juga kita dapat melakukan gerakan otot dan sendi tubuh kita. Pun begitu, mari kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri, adakah cukup dengan hanya solat, kita sudah boleh membakar lemak yang begitu banyak kita ambil dari pelbagai bentuk makanan harian kita?Adakah makanan harian yang kita ambil kandungannya menyihatkan tubuh? Secara realiti, hanya segelintir sahaja yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebahagian besar masyarakat khususnya di Malaysia, kurang menitik beratkan hal kualiti makanan yang diambil. Hanya mengutamakan rasa sedap di mulut, tetapi tidak menghiraukan bahaya kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut.Buktinya kita boleh menyaksikan semakin banyaknya restoran makanan segera dibuka diseluruh negara. Perkembangan ini tidak akan berlaku sekiranya masyarakat di Malaysia lebih mengutamakan makanan yang sihat dan berkualiti.

Jika kita meniliti diet Rasulullah s.a.w, kita dapati Rasulullah s.a.w sangat menjaga cara pemakanannya. Bila kita membelek sirah baginda, kita akan ketahui Rasulullah akan makan bilamana lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika kita mengamalkan cara Rasulullah s.a.w makan, maka sudah memadai dengan hanya solat sebagai senaman kita. Dengan syarat kita melaksanakan solat itu serupa yang Rasulullah s.a.w lakukan, iaitu berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah secara lima waktu sehari semalam. Jika kita masih belum dapat amalkan sepenuhya cara Rasulullah S.A.W makan dan solat, maka adalah dinasihatkan untuk kita melakukan senanam yang lebih lagi seperti ber’joging’.

Kesimpulan
 
Cetuskan kemahuan yang tinggi dengan mengenalpasti sebab yang kuat kenapa diri kita sangat perlu memiliki berat badan yang ideal. Lakukan senaman ringkas setiap hujung minggu sekiranya kita terlalu sibuk semasa hari bekerja.Bersenam sehingga tubuh badan kita mengeluarkan peluh agar jantung kita dapat berfungsi menghantar darah yang secukupnya keseluruh organ badan kita dan memecahkan lemak dalam salur darah dengan efektif.

10 Tip Motivasi Dalam Diet

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang. Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?

1.    ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.

2.    Pelaburan untuk kesihatan (gym)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.

3.    Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
   
4.    Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.

5.    Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…

6.    Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.

7.    Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
   
8.    Bayangan masa hadapan
Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?

9.    ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.

10.    Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

Bersedia Menerima Ujian

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi. Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.

Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.

Adakah kita insaf?

Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah ‘air muka’ kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.

Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.

Tahap iman dalam diri.

Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.

Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.

Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.

Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.

Setiap saat diuji.

Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”. Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan. Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.

Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup. Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.

Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya. Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari. “Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.

Dipetik daripada www.iluvislam.com

Motivation Myth

Motivation myth - introduction
What exactly are you capable of achieving? What is a realistic expectation for your life and what constitutes sheer madness? Is there a limit to how high you should aim?
The simple answer to these questions is simply that you are capable of achieving anything you set your mind to; if you can think it, then it’s a realistic expectation; and you can aim as high as you want.

Motivation myth - the sky has never been the limit
We have probably all heard the “wise” saying: “the sky is the limit.” This would seem to have a lot of wisdom in it at first glance. However, it implies that man’s potential has a limit when in actual fact, man’s potential is limitless. Let’s examine what exactly your potential as a human being is.
Firstly, let’s define potential. Potential is all that you can be, but have not yet become. It is all you can accomplish, but have not yet accomplished. It is unexposed or dormant ability.
This means that the ability to become and to do is already there. It just hasn’t been brought out and utilized.
Consider a fertilized human egg (zygote). That single cell has the ability to form every part of the human body. Everything from your brain to your toenails can be formed by that single cell. It has unlimited potential.

Motivation myth - your potential is limitless
Similarly, the mind of man has unlimited potential. It has the limitless ability to create. Man has been on earth for thousands of years, yet we are still making new discoveries today and creating new things everyday. We cannot exhaust the creative power of our minds.
The functioning of our minds remains, for the most part, a mystery even to modern day science. But even though we do not understand it’s functioning, we cannot deny its power.



Motivation myth - you have the power within

Your most powerful asset is your mind. The answer to the question ‘what is a realistic goal and what is achievable’ is entirely up to you. If your mind can accept that something is achievable, it will find a way to attain that thing.
“Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve.” These are the immortal words of Napoleon Hill, a man who truly understood that “there are no limitations to the mind except those we acknowledge.”
Your possibilities are limited only by your thinking. What may be a limit for one person is a walk in the park for another. It’s all in the mindset.
Your potential as a human being, then, is unlimited. You have within you the ability to become and to achieve anything you want. Now that you understand that your potential is limitless, your next challenge is to answer the question: what do you want out of life?


Motivation myth - think of the possibilities
Before you start scratching your head and making excuses, let me help you a little. If money, education, social status and so on, were no hindrance what would you want out of life? If all the knowledge and wealth in the world were at your disposal what would you want to be and to do?
Even with all the resources at your disposal, it is very likely that you would still struggle to come up with 3 goals that you are absolutely passionate about and to which you would dedicate every waking hour. Therein lies the problem – it is not your possibilities that are limited, it is your thinking!
Your vision is limited only by you. The problem is that you don’t know what you should be. It’s not your fault, really: your education has messed you up. It has taken your boundless potential and shrunk it and shaped it into a narrow title. You are a “nurse”, or “accountant” or “driver”.
It doesn’t matter what title has been placed on you, you need to break free from it. You are not what you do. See yourself as the truly capable human being that you are.

Motivation myth - cultivate the right mindset
This requires that you look deep within and examine your mindset. Are there things you have accepted simply because everyone else seems to accept them? Have you accepted society’s standards as your own?
A word of caution: society celebrates mediocrity. Ordinary people do not like it when others get ahead. It only exposes their lack of vision and motivation. That is why mediocrity is often embraced and excellence is shunned. Being ordinary is acceptable.
If you want more, there is something wrong with you.If something is widely accepted and everyone is doing it, it is probably better for you as a dreamer not to do it. If you want to get what everyone else is getting, do what everyone else is doing.
It is not difficult to see the results others are getting from what they are doing. The good news is you don’t have to do what they are doing. Find your own way. Utilise the potential within you.
Dig out your potential like a prospector digs for oil. The oil has always been there just waiting to be tapped. But if no one bothered to search for it and bring it to the surface it would just remain there dormant, wasting and useless.
So it is with your potential. If you do not challenge yourself to grow beyond your present circumstances, it will just waste away and be totally useless not only to you, but to the rest of humanity.

Motivation myth - conclusion
Do not rob this country of such a great resource as yourself. Utilise your potential. Be all that you can be so that when you die, you will have utilized every single drop of your being.
Marianne Williamson said – “Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. We ask ourselves, who am I to be brilliant, gorgeous, talented and fabulous? Actually, who are you not to be?”
You are all you can be. Go on and be it.

Taken from www.motivation-for-dreamers.com

Kesan Pengawet Dalam Makanan


Pengawet adalah salah satu daripada bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan. Bahan-bahan tambahan lain termasuklah pewarna, perasa, ejen pengemulsi dan ejen penstabil.

Semua bahan ini digunakan untuk tujuan membuat makanan tahan lama di samping lebih menarik dan enak rasanya.

Perbincangan hari ini ialah mengenai penggunaan dua bahan pengawet asid benzoik serta nitrat dan nitrit kepada manusia.

Tujuan penggunaan bahan pengawet adalah untuk mengurangkan atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan ragi.

Pengawet berupaya mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang mengakibatkan makanan berbau busuk dan basi.

Namun demikian penggunaan bahan pengawet ini tidak selalunya selamat terutama sekali jika digunakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Ini berlaku seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini apabila bahan penggunaan itu digunakan berlebihan dalam cili boh dan sos cili.

Pengawet asid benzoik

Asid benzoik boleh didapati secara semula jadi, tetapi biasanya disediakan secara sintetik. Ia digunakan sebagai pengawet dalam beberapa sediaan makanan yang tidak tahan lama seperti jam, sos dan cili boh.

Ini adalah kerana asid benzoik mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai ejen antibakteria dan antikulat.

Asid benzoik juga didapati dalam pelbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat atau kalsium benzoat, atau bentuk benzoat yang lain seperti para- hidroksibenzoat.

Garam-garam ini juga digunakan sebagai pengawet dan penggunaannya sepatutnya tercatat pada label dibekas bahan-bahan makanan.

Misalnya, garam natrium benzoat digunakan dalam marjerin, minuman ringan, kicap dan sos daging panggang.

Kerengsaan

Apabila digunakan secara berlebihan, pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan kerengsaan perut.

Ada juga laporan yang menujukkan bahawa ia boleh menjejaskan sistem saraf.

Bagi mereka yang mengalami lelah atau pun yang mempunyai penyakit ruam kulit (seperti jenis urtikaria dan ekzema) bahan pengawet seumpama ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Para-hidroksi benzoat boleh menyebabkan rasa kebas di mulut.

Bagi seseorang yang alah kepada pewarna-pewarna tiruan yang umumnya disebut sebagai pewarna jenis azo (seperti tartazin), kemungkinan besar ia akan mengalami alahan terhadap pengawet kumpulan benzoat.

Begitu juga bagi mereka yang alah kepada ubat aspirin, memandangkan ketiga-tiga bahan ini berkaitan dari segi struktur kimianya.

Pengawet nitrat dan nitrit

Satu lagi jenis pengawet yang boleh menimbulkan masalah adalah daripada kumpulan nitrat dan nitrit ataupun bentuk garamnya (garam kalium dan natrium).

Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging.

Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria.

Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.

Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.

Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.

Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu.

Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.

Awas Semasa Membeli Makanan
  • Jika boleh dapatkan bahan makanan segar. Kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet.
  • Apabila membeli produk yang diproses, pastikan kandungan bahan tambahan yang terdapat di dalamnya.
  • Sedapat mungkin pastikan bahan tersebut adalah dalam sukatan yang dibenarkan.
  • Pastikan tarikh luput makanan. Ikut cara penyimpanan makanan yang betul.
Dipetik daripada www.prn.usm.my

Bersyukur Dengan Kekurangan



“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan? BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
“After every storm, there is a rainbow.”
Selepas setiap guruh, pasti ada pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al Anfaal, 46)

Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.