Selasa, 5 Oktober 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MATRADE BERSAMA ORGANISASI DI MENARA MATRADE

Pada 27/8/2010, Kelab MATRADE dengan kerjasama Angkagraf SB, Koperasi MATRADE, MIHAS Tijari, TMR Urusharta, MPC & Zafco Travel telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama di Dewan MATRADE. Seramai 535 orang telah hadir untuk majlis ini. Biro Agama Kerohanian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Semoga tuan/puan mendapat rahmat dari-Nya.


Ahad, 19 September 2010

LAWATAN AMAL OLEH BIRO AGAMA & KEROHANIAN KE PERTUBUHAN BAITUL UMMAH PADA 21/8/2010

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN SAMA ADA DALAM BENTUK WANG RINGIT, HARTA BENDA ATAU TENAGA KERJA. SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARI-NYA.


Rabu, 1 September 2010

BUBUR LAMBUK BUAT KAKITANGAN ORGANISASI DI MENARA MATRADE

Alhamdulilah, dengan limpah & rahmat-Nya, pada 13/8/2010, Biro telah menganjurkan gotong-royong bubur lambuk sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Turut menyumbang untuk aktiviti ini adalah MECC. Proses memasak telah bermula pada jam 10.00 pagi di Drive Way West Wing, Menara MATRADE. Edaran dibuat pada jam 3 petang.

MEMERIKSA ARAH KIBLAT SURAU-SURAU DI MENARA MATRADE

Pada 12/8/2010 (Khamis), Biro telah menjemput Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memeriksa arah kiblat di Surau Utama, tingkat 4 West Wing. Aktiviti ini seterusnya dilakukan ke atas semua surau di Menara MATRADE.