Rabu, 20 Julai 2011
Ujroh Ramadan 2011
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Daftarlah sekarang!

Untuk makluman, sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE sekali lagi ingin menjemput Y Bhg Dato'/Tuan/Puan/Cik Muslimin/Muslimat untuk menyertai Program Ujroh (Upah) Bacaan Al-Qur'an untuk dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada arwah-arwah muslimin/muslimat yang telah kembali ke rahmatullah seperti tahun lepas.
Program Ujroh (upah) Bacaan Al-quran ini akan dibacakan oleh hafiz-hafiz dan qari-qari yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan alumni Institut Tahfiz Al-quran (ITQANS) Gemencheh dan Maahad Qiraat Al-azhar,Mesir.Mereka akan diamanahkan untuk membaca al-quran sehingga khatam dalam bulan Ramadhan ini.
Saguhati bagi Ujroh (upah bacaan) ini adalah seperti berikut:
- Seorang arwah untuk sekali khatam sebanyak RM 10.00
- 2 kali khatam RM 20.00
- 3 kali khatam RM 30.00 dan seterusnya
Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada wakil-wakil biro di bawah selewat-lewatnya pada 22 Julai 2011 (Jumaat) bagi melicinkan proses pengurusan:
- En. Khairul Nazri (7629)
- En. Aizal Elias (7917)
- Cik Hartini Sairin (7915)
- Pn. Roshanani (7891)
- En. Rizman Jamil (7752)
- Pn. A'shah Sulaiman (7365)
- Pn. Rahayu Mohd Ali (7284)
Bayaran juga boleh dibuat secara tunai kepada wakil di atas atau bank-in terus ke dalam akaun Maybank berikut:
1141-5035-3259 (Roshanani Mohd Rejab) - (Bendahari Biro Agama)
(Sila maklumkan sekiranya bayaran dibuat melalui Maybank2U atau pindahan terus)
Daftarlah sekarang!


Langgan:
Catatan (Atom)