Rabu, 20 Julai 2011

Aktiviti BK 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg Dato'/ Tuan/ Puan/Cik,
Muslimin/Muslimat

Ramadhan akan datang menjelma. Untuk makluman, pada tahun ini Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

Ujroh Ramadan 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Untuk makluman, sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE sekali lagi ingin menjemput Y Bhg Dato'/Tuan/Puan/Cik Muslimin/Muslimat untuk menyertai Program Ujroh (Upah) Bacaan Al-Qur'an untuk dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada arwah-arwah muslimin/muslimat yang telah kembali ke rahmatullah seperti tahun lepas.

Program Ujroh (upah) Bacaan Al-quran ini akan dibacakan oleh hafiz-hafiz dan qari-qari yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan alumni Institut Tahfiz Al-quran (ITQANS) Gemencheh dan Maahad Qiraat Al-azhar,Mesir.Mereka akan diamanahkan untuk membaca al-quran sehingga khatam dalam bulan Ramadhan ini.

Saguhati bagi Ujroh (upah bacaan) ini adalah seperti berikut:
  1. Seorang arwah untuk sekali khatam sebanyak RM 10.00
  2. 2 kali khatam RM 20.00
  3. 3 kali khatam RM 30.00 dan seterusnya

Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada wakil-wakil biro di bawah selewat-lewatnya pada 22 Julai 2011 (Jumaat) bagi melicinkan proses pengurusan:
  1. En. Khairul Nazri (7629)
  2. En. Aizal Elias (7917)
  3. Cik Hartini Sairin (7915)
  4. Pn. Roshanani (7891)
  5. En. Rizman Jamil (7752)
  6. Pn. A'shah Sulaiman (7365)
  7. Pn. Rahayu Mohd Ali (7284)

Bayaran juga boleh dibuat secara tunai kepada wakil di atas atau bank-in terus ke dalam akaun Maybank berikut:
1141-5035-3259 (Roshanani Mohd Rejab) - (Bendahari Biro Agama)
(Sila maklumkan sekiranya bayaran dibuat melalui Maybank2U atau pindahan terus)

Daftarlah sekarang!