Selasa, 26 Oktober 2010

CERAMAH MOTIVASI & KURSUS PRA-PERKAHWINAN (13 – 14 Nov 2010)





1 RASA, 2 HATI

Y Bhg Dato'/Tuan/Puan

Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE akan menganjurkan satu program 'Satu Rasa, Dua Hati' seperti berikut:-

Tarikh : 13 – 14 Nov 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Bilik Jakarta, Tingkat 5, Menara MATRADE

1. Ceramah Motivasi'Satu Rasa, Dua Hati' oleh Y Bhg Ustaz Pahrol Mohd Juoi http://genta-rasa.com/
(Teknik mencipta bahagia di sepanjang perkahwinan)

2. Kursus Pra-Perkahwinan
- anjuran bersama Pusat Kursus Perkahwinan Rihan (http://kursuskahwinrihan.blogspot.com/ )



Yuran yang dikenakan adalah mengikut pilihan penyertaan seperti berikut:-

1. Ceramah Motivasi '1 Rasa, 2 Hati' sahaja = RM8 seorang
2. Kursus Pra-Perkahwinan sahaja = RM80 seorang
3. Pakej (Ceramah & Kursus) = RM85 seorang


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:-

Mazidah (03-62077051) Khairul Nazri (03-62077629)
Rahayu (03-62077674) Aizal (03-62077917)
Hartini (03-62077915) Rizman (03-62077752)
Sanissah (03-62077122) Abdul Kadir (03-62077618)
A'shah (03-62077366) Fauzi (03-62077978)

KULIAH ZOHOR : FIQH PENGURUSAN (27 Oktober 2010)

Assalamualaikum Y. Bhg Dato'/Tuan/Puan,

Warga Menara MATRADE  yang dirahmati,
Biro Agama & Kerohanian, Kelab MATRADE dengan ini sekali lagi menjemput tuan/puan sekalian untuk menghadiri Kuliah Zohor yang akan diteruskan lagi seperti berikut:-

Tempat        : Surau Utama Tingkat 4 (West wing), Menara MATRADE
Masa          : 12:50 - 1.50 ptg
Tarikh        : 27 Oktober 2010 (Rabu), 19 Zulkaedah 1431H
Tajuk Kuliah  :  Fiqh Pengurusan
Penceramah : Y Bhg Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman (Eksekutif Dakwah PPZWP)

Selasa, 5 Oktober 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MATRADE BERSAMA ORGANISASI DI MENARA MATRADE

Pada 27/8/2010, Kelab MATRADE dengan kerjasama Angkagraf SB, Koperasi MATRADE, MIHAS Tijari, TMR Urusharta, MPC & Zafco Travel telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama di Dewan MATRADE. Seramai 535 orang telah hadir untuk majlis ini. Biro Agama Kerohanian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Semoga tuan/puan mendapat rahmat dari-Nya.